Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Sebagai setiausaha, Tulis laporan lawatan tersebut selengkapnya.
Laporan Lawatan ke Zoo Negara
Pada 10 Januari
2015, Persatuan Bahasa Melayu SJK(C) Foon Yew 2 telah mengadakan lawatan ke Zoo
Negara. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan diiringi oleh 4
orang guru pengiring.
Pada awal-awal pagi, kami berkumpul di
dewan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, Guru Besar memberikan taklimat kepada
kami. Selepas itu, kami pun bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki bas yang
disewa.
Kami mengambil
masa selama 1 jam untuk tiba di destinasi. Seorang pegawai Zoo Negara yang
bernama Encik Lim telah menyambut kami dengan tangan terbuka. Encik Lim
ditugaskan untuk memberikan penjelasan tentang haiwan-haiwan yang terdapat di
zoo.
Kami berpeluang melihat banyak haiwan
yang istimewa. Antaranya termasuklah landak箭猪, cipan貘,tupai 松鼠,badak sumbu 犀牛,serigala 狼 dan sebagainya.Kami berasa kagum惊讶seperti rusa masuk ke kampong.
Pada hari itu, kami juga menyaksikan
pertunjukan monyet. Pertunjukan itu sungguh menarik hati kami. Kami memberikan
tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sangat meriah. Kami juga tidak melepaskan
peluang untuk mengambil gambar dengan monyet yang comel itu. Pada pukul 3.00
petang, kami pun berehat sambil makan makanan di sebuah restoran.
Menjelang waktu petang, kami pun pulang
ke sekolah. Kami berasa gembira kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan
pengetahuan.
Disediakan oleh, 20
JANUARI 2015.
________________
(TAN MENG KEONG)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Foon Yew 2.
this is nothing, literally, nothing
ReplyDelete