Tuesday 10 May 2016

BM- Karangan - Sukan Tahunan


Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tuliskan catatan tentang sukan tahunan tersebut.


 

Jumaat, 2 Julai 2013.

6.30 pagi

Murid-murid membuat persediaan terakhir. Antaranya termasuklah menghias padang dengan panji-panji, menyusun kerusi, mengutip sampah-sarap dan lain-lain. Murid-murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.

8.00 pagi

Murid-murid berkumpul di padang. Ibu bapa juga dijemput untuk hadir. Keadaan di padang penuh sesak seperti ikan dalam belat.

8.30 pagi

Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru tiba. Guru Besar menyambut kedatangan beliau. Mula-mula, Pegawai Pendidikan Daerah memberikan ucapan. Beliau menasihati murid-murid supaya mementingkan sukan dan jangan menjadi ulat buku. Selepas itu, beliau merasmikan sukan tahunan.

9.30 pagi

Acara sukan bermula. Antaranya termasuklah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lumba lari dan lain-lain. Setiap peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh. Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang.

11.30 pagi

Acara sukan tamat dengan lancar. Rumah kuning menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Saat yang dinanti-nanti sudah tiba. Guru Besar menyampaikan piala kepada pemenang. Beliau juga menasihati para peserta supaya yang menag jangan sombong, yang kalah jangan berputus asa.

2.00 petang

Murid-murid membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

1 comment: