Monday 30 May 2016

Ucapan - jamuan perpisahan

Soalan
Kelas kamu akan mengadakan jamuan perpisahan. Dalam majlis itu, guru besar dan guru-guru turut hadir. Sebagai ketua murid tahun enam, kamu diminta berucap dalam majlis itu. Sediakan ucapan kamu selengkapnya.
Contoh Jawapan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini. Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, majlis jamuan ini berjaya diadakan.
Hadirin sekalian,
Saya selaku ketua murid tahun enam sekolah ini mengalu-alukan kehadiran tuan guru besar dan semua guru ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan uang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Seperti hadirin sedia maklum, majlis ini diadakan bersempena dengan perpisahan kami sebagai murid tahun enam yang akan meninggalkan alam persekolahan di sekolah rendah. Pada hari yang berbahagia ini, saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekalian guru di sekolah ini kerana banyak berkorban demi mendidik dan membimbing kami. Jasa kalian amat kami hargai.
Hadirin sekalian,
Walaupun berat rasa hati hendak meninggalkan sekolah ini, namun kami terpaksa juga melaluinya. Sudah sampai masanya untuk kami melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar. Segala didikan guru tidak akan kami persiakan. Kami akan meneruskan usaha demi mencapai cita-cita yang diimpikan. Doakan kejayaan kami.
Doa dan harapan kami pohonkan agar guru-guru beroleh kesejahteraan hidup untuk terus menabur bakti di sekolah ini. Kepada guru sekalian, kami memohon ampun dan maaf seandainya selama enam tahun kami di sini, kami banyak melakukan kesilapan sama ada dari segi tutur kata atau perbuatan. Harapan kami juga semoga sekolah ini akan terus cemerlang. Sekian, terima kasih.

1 comment:

  1. If you're looking to lose weight then you absolutely have to start following this brand new custom keto meal plan diet.

    To create this service, certified nutritionists, fitness trainers, and professional cooks united to develop keto meal plans that are useful, convenient, money-efficient, and fun.

    Since their first launch in January 2019, hundreds of individuals have already remodeled their figure and health with the benefits a good keto meal plan diet can offer.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-proven ones offered by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete