Tuesday 10 May 2016

BM - Karangan - Hari Kanak-kanak

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis laporan tentang sambutan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.





Laporan Sambutan Hari Kanak-kanak SJK (C) Foon Yew 2

          Pada 2 Oktober 2014, SJK (C) Foon Yew 2 telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menggembirakan kanak-kanak.

          Sebelum sambutan Hari kanak-kanak, murid-murid sibuk membuat persediaan untuk mencantikkan dewan sekolah. Antaranya termasuklah menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan sekolah kelihatan bersih dan cantik seperti istana.

          Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Keadaan di sana penuh sesak seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapan kepada murid-murid. Dalam ucapan Guru Besar, beliau menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan努力是成功的阶梯. Beliau juga mengucapkan “Selamat Hari Kanak-kanak” kepada murid-murid. Kemudian, beliau merasmikan sambutan Hari Kanak-kanak.

          Pelbagai persembahan pentas yang menarik telah dijalankan untuk menghiburkan hati para penonton. Antaranya termasuklah nyanyian, tarian dan lakonan. Persembahan kemuncak ialah pertunjukan silap mata yang dipersembahkan oleh seorang murid tahun 6, Mun Ket. Persembahannya berjaya mempesonakan perhatian para penonton. Para penonton bersorak-sorai dan memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana yang meriah telah menyelubungi seluruh dewan pada ketika itu.

          Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan. Murid-murid menikmati makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas. Murid-murid juga menjalankan banyak permainan di kelas. Akhirnya, guru kelas juga membahagikan bungkusan hadiah kepada murid-murid. Murid-murid berasa suka hati apabila menerima hadiah.

          Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Kanak-kanak pun tamat. Murid-murid pun pulang ke rumah dengan puas hati. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan dengan berjaya pada tahun ini.

 

Laporan disediakan oleh,                                                                    23 MEI 2015.

  Ng Kim Leng   
(NG KIM LENG)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Foon Yew 2.

18 comments: