Tuesday 10 May 2016

BM Karangan - Hari Guru

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis laporan tentang sambutan itu selengkapnya.

Laporan Sambutan Hari Guru SJK (C) Foon Yew 2


      Pada 13 Mei 2015, SJK (C) Foon Yew 2 telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru.




       Sebelum sambutan Hari Guru, murid-murid sibuk membuat persediaan untuk mencantikkan dewan sekolah. Antaranya termasuklah menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan sekolah kelihatan bersih dan cantik seperti istana.

 
        Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Keadaan di sana penuh sesak(很拥挤) seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapan. Dalam ucapan Guru Besar, beliau menasihati murid-murid supaya menghargai jasa guru kerana guru umpama lilin sanggup membakar diri untuk menerangi masa depan murid-murid. (老师就好比蜡烛愿意燃烧自己 了照亮学生们的前途) Guru Besar juga mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada guru-guru. Kemudian, beliau merasmikan sambutan Hari Guru.

        
        Pelbagai persembahan pentas yang menarik telah dijalankan untuk menghiburkan hati para penonton. Antaranya termasuklah nyanyian, tarian dan sketsa(话剧). Persembahan kemuncak (最高潮) ialah pertunjukan silap mata(魔术表演) yang dipersembahkan oleh seorang murid tahun 6, Mun Ket. Persembahannya berjaya mempesonakan使迷住 perhatian para penonton. Para penonton bersorak-sorai dan memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana yang meriah telah menyelubungi笼罩着seluruh dewan pada ketika itu.




        Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan dengan guru kelas masing-masing. Murid-murid menikmati makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas. Akhirnya, murid-murid memberikan hadiah yang disediakan kepada guru. Antaranya termasuklah bunga, coklat, pen dan sebagainya. Guru-guru berasa suka hati apabila menerima hadiah.


         Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Guru pun tamat. Guru-guru dan murid-murid pun pulang ke rumah dengan puas hati. Sambutan Hari Guru telah diadakan dengan berjaya pada tahun ini.




Laporan disediakan oleh,                                                     23 MEI 2015.

  Ng Kim Leng   

(NG KIM LENG)

Ketua Murid

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Foon Yew 2.


4 comments: