Tuesday 10 May 2016

BM-Karangan - Hari Kantin

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin. Tuliskan catatan tentang Hari Kantin tersebut.

Rabu, 15 Disember 2013



6.30 pagi :
Murid-murid membuat persediaan. Antaranya termasuklah menghias gerai, mendirikan gerai, menyediakan makanan dan minuman, membersihkan padang dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.
8.00 pagi :
Semua murid berkumpul di dewan. Ibu bapa juga dijemput untuk hadir. Keadaan di padang penuh sesak seperti ikan di dalam belat.
8.30 pagi :
Guru Besar memberikan ucapan kepada semua hadirin. Beliau menasihati kami supaya selalu berbudi kerana tangan yang memberi sentiasa lebih mulia daripada tangan yang menerima. Kemudian, beliau merasmikan hari kantin.
9.30 pagi :
Hari kantin bermula. Banyak gerai didirikan di padang. Terdapat juga gerai permintaan lagu. Gerai itu memainkan banyak lagu yang halwa telinga. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang. Guru-guru dan murid-murid sibuk melayan pelanggan dengan mesra. Mereka melaung-laung untuk menarik perhatian pelanggan. Banyak pelanggan membeli barang dengan menggunakan kupon.
11.00 pagi :
Barang jualan hampir habis dijual. Pengunjung-pengunjung mulai beredar. Guru-guru mengarahkan kami mengemaskan barang-barang.
2.00 petang :
Hari kantin tamat dengan lancar. Kami bergotong-royong membersihkan padang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing.

2 comments:

  1. Yow ni tahun bila punya,? banyak kesalahan lah bro/sis ︶︿︶

    ReplyDelete
  2. Banyak sepatutnya digunakan untuk objek,benda dan haiwan kita kena guna ramai untuk manusia lah bro/sis apalah!

    ReplyDelete