Rabu, 15 Disember 2013
6.30 pagi :
|
Murid-murid membuat persediaan. Antaranya
termasuklah menghias gerai, mendirikan gerai, menyediakan makanan dan
minuman, membersihkan padang dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama bagai
aur dengan tebing.
|
8.00 pagi :
|
Semua murid berkumpul di dewan. Ibu bapa
juga dijemput untuk hadir. Keadaan di padang penuh sesak seperti ikan di
dalam belat.
|
8.30 pagi :
|
Guru Besar memberikan ucapan kepada semua hadirin.
Beliau menasihati kami supaya selalu berbudi kerana tangan yang memberi
sentiasa lebih mulia daripada tangan yang menerima. Kemudian, beliau
merasmikan hari kantin.
|
9.30 pagi :
|
Hari kantin bermula. Banyak gerai didirikan
di padang. Terdapat juga gerai permintaan lagu. Gerai itu memainkan banyak
lagu yang halwa telinga. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang.
Guru-guru dan murid-murid sibuk melayan pelanggan dengan mesra. Mereka
melaung-laung untuk menarik perhatian pelanggan. Banyak pelanggan membeli
barang dengan menggunakan kupon.
|
11.00 pagi :
|
Barang jualan hampir habis dijual.
Pengunjung-pengunjung mulai beredar. Guru-guru mengarahkan kami mengemaskan
barang-barang.
|
2.00 petang :
|
Hari kantin tamat dengan lancar. Kami
bergotong-royong membersihkan padang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah
masing-masing.
|
Yow ni tahun bila punya,? banyak kesalahan lah bro/sis ︶︿︶
ReplyDeleteBanyak sepatutnya digunakan untuk objek,benda dan haiwan kita kena guna ramai untuk manusia lah bro/sis apalah!
ReplyDelete