Laporan Sambutan Hari
Kanak-kanak SJK (C) Foon Yew 2
Pada
2 Oktober 2014, SJK (C) Foon Yew 2 telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak.
Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menggembirakan kanak-kanak.
Sebelum
sambutan Hari kanak-kanak, murid-murid sibuk membuat persediaan untuk
mencantikkan dewan sekolah. Antaranya termasuklah menyapu lantai, menghias
pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama menjalankan
tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan sekolah kelihatan bersih
dan cantik seperti istana.
Pada
hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Keadaan di
sana penuh sesak seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar
dijemput untuk memberikan ucapan kepada murid-murid. Dalam ucapan Guru Besar,
beliau menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh kerana usaha
tangga kejayaan努力是成功的阶梯. Beliau juga mengucapkan “Selamat Hari Kanak-kanak” kepada
murid-murid. Kemudian, beliau merasmikan sambutan Hari Kanak-kanak.
Pelbagai persembahan pentas yang menarik telah dijalankan
untuk menghiburkan hati para penonton. Antaranya termasuklah nyanyian,
tarian dan lakonan. Persembahan kemuncak ialah pertunjukan silap mata
yang dipersembahkan oleh seorang murid tahun 6, Mun Ket. Persembahannya berjaya
mempesonakan perhatian para penonton. Para penonton bersorak-sorai dan
memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana yang meriah telah menyelubungi seluruh
dewan pada ketika itu.
Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid
pun beratur balik ke kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan. Murid-murid
menikmati makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di
dalam kelas. Murid-murid juga menjalankan banyak permainan di kelas. Akhirnya,
guru kelas juga membahagikan bungkusan hadiah kepada murid-murid. Murid-murid
berasa suka hati apabila menerima hadiah.
Pada
pukul 2.00 petang, sambutan Hari Kanak-kanak pun tamat. Murid-murid pun pulang
ke rumah dengan puas hati. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan dengan
berjaya pada tahun ini.
Laporan disediakan oleh, 23 MEI 2015.
Ng Kim Leng
(NG KIM LENG)Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah
Jenis Kebangsaan (Cina) Foon Yew 2.
Karangan ini sangat bagus... #So Good#
ReplyDelete#Hui Hee Ooi
3 tahun kemudian hehehehe
Deletea helpful karangan#thank#huiheeooi#
ReplyDeletehttp://cikgulye.blogspot.com/2013/01/sambutan-hari-kanak-kanak-laporan.html
ReplyDeletewhy both of these essays look alike
Sangat bagus
ReplyDelete💖
ReplyDeleteContoh yg baik👍
ReplyDeleteVery good essay
ReplyDeletegn
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteBaik karangan
ReplyDeleteSelamat kalau tak kena marah dengan cikgu 😂
ReplyDeletehaa
Delete👍👍👍🤭🤭🤭
ReplyDeleteWell done to this karangan😍😍😍😍😍😍😍
ReplyDeleteNice karangan😱😱👏👏👏👏👏👏
ReplyDeleteVery good essay for students
ReplyDeletemohon cnp ya
ReplyDelete